Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, August 09, 2010

Dan inilah ceritanya.....

Mulanya aku berhasrat untuk menjadikan ia sebagai sebuah cerpen yang panjang, namun memandangkan usaha menaipnya akan lambat dan panas reunion hilang serinya, aku menjadikannya DAN INILAH CERITANYA... kepada beberapa bahagian. Pertamanya permohonan maaf aku pinta kepada sesiapa yang aku "segho kan " dalam cerita ini. Ianya adalah satu cerita yang benar dan anggaplah ia sebagai nukilan ikhlas daripada seorang Mursyidul Am yang berbentuk gurauan dan suka-suka.Kata M nasir..jangan ambil berat kawan...terima kasih..


Bahagian Pertama.

Dengan nama Allah. Mari kita rungkai dan jelaskan dahulu sejarah reunion ini. Terpaksa aku bersetuju dengan patah reunion ini kerana ia diguna pakai secara meluas dan diterima khalayak dan usaha aku untuk menukarnya kepada TEMU MATA hanya dipandang sepi walaupun ada segelintir yang menipu menyokong. Di sini patah Bahasa Melayu sedikit kurang untuk memberi sepenuhnya makna reunion ini. Reunionlah kita setujui patahnya,

Seputar 2002, Nuar Kadok, Abong dan Dero mengadakan "tubik minum air" di Kedai Air Buah di Kadok. Idea pun bermula. Apa kata kita buat reunion puak-puak kita. Pertemuan inilah yang menghasilkan reunion kita pada hari ini. Terima kasih semua. Mungkin kerana tidak cukup kekuatan, aku dipanggil. Seperti yang di ketahui aku mempunyai anugerah mulut biso pun hadir dan mengepalai mesyuarat kedua. Mesyuarat ini mengariskan usaha besar ini perlu ketumbukan yang kuat agar ia dapat berjalan selancarnya. Lalu Lehe, Najimi, serta anggota yang sedia ada iaitu Nuar, Abong dan Dero serta aku sendiri memulakan usaha mencari tempat dan menghubungi kawan-kawan melalui telefon. Seingat aku, hampir 30 orang menghadiri reunion ini. Penuh kekurangan namun yang pasti ia cukup mengembirakan. Anak sulung yang di namakan reunion ini lahir pada hari raya ketiga 2002 di Pantai PCB.

Tinggalkan dulu sejarah itu seketika, walaupun ia klasik namun sangat bermakna.

Bila Matdin Giant mencetuskan reunion KL, aku menjadi antara yang paling tidak senang duduk, Menjadi manusia yang meletakkan kawan ada di sudut hati ini agak susah. Seandainya ada terdengar perjumpaan ingin di adakan, rasa mahu terbang. Aku juga yakin, kawan-kawan juga begitu. Tidaklah terlalu sukar namun percayalah tidak semua di kalangan kita yang meletakkan kawan ada di sudut hatinya.Jadi berbanggalah anda sekiranya perasaan ini ada di hati anda. Antara petunjuk yang menunjukan perasaan ini ialah kehadiran anda di reunion.

Antara perkara yang paling mengecewakan tentang reunion kali ini ialah bila puak KL memutuskan untuk di adakan reunion pada hari Ahad. Kenapa anda tidak menyedari ada kawan yang akan kecewa bila di adakan pada Ahad. Bagi kami Sabtu merupakan hari terbaik. Kekecewaan ini turut di kongsikan dan disetujui oleh Pokya Siam dan Sebie. Yang terlantang bersuara tentang hal ini ialah Matdin Ngatuk.Ingat lagi katanya "Puak dia buat tok mikir ko set kita haji,malah gi aku. Aku mengiayakan kerana pendapatnya ada kebenaran. Namun di sudut hatiku untuk menghadirkan diri masih berkobar-kobar. Lantas perbincangan dibuat dengan Pein, Bakar dan Lehe. Lehe agak keberatan kerana kerja. Bakar akan pergi namun dengan kapal terbang."kawe bulis tiket murah haji".katanya, Untuk aku memberi keputusan semudah itu agak sukar kerana aku mempunyai Bik Mama dan anak-anak. Begitu juga dengan Pein dan Lehe yang masih dalam keadaan 2 kali semalaman.

Keputusan akhirnya tercapai, Abong menelefon mengatakan untuk tumpang balik bersama isterinya, Lehe masih payah untuk berkeputusan. Peringakat awalnya aku dan Pein akan ke Reunion dan pulang bersama Abong dan isterinya dengan kereta Pein. esoknya Lehe telefon dan sanggup cuti serta meninggalkan rutin 2 kali semalaman dia . Aku telefon Abong minta dia reject isteri dia . Abong setuju walaupun terpaksa melalui proses pemujukan berhermat. Jadi keputusan akhirnya ialah Aku, Pein dan Lehe akan ke Reunion disertai dengan Abong serta Bakar...REUNION TUNGGU KAMI...KAMI LAPAR BERSAMA SAING SAING.......bersambung.......

1 comment: