Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 18, 2009

Ruangan Untuk Berforum Telah Di Buka

Assalamualaikum.

Untuk makluman...

Ruangan untuk berforum telah dibuka dan beroperasi sepeunuhnya walaupun hanya 90% siap.

Mungkin ramai yang tak tahu bagaimana kita nak masuk ke forum ini dan berborak di dalam forum ini. Jadi di sini aku akan bagitahu bagaimana cara-cara nya.

Cara-Cara untuk memasuki forum:
  1. Masuk ke laman http://alumnimml.forumotion.com
  2. Klik pada butan login
  3. Pada mereka yang telah register sila type user name dan password masing-masing. Pada mereka yang belum register lagi sila klik pada butang register disebelah butang login dan klik butang " I Agree to these terms". Selepas itu sila masukkan username, email address dan password anda. kemudian klik save.
  4. Apabila sudah register sila klik pada butang register kembali dan buat salam perkenalan di sini - http://alumnimml.forumotion.com/salam-perkenalan
  5. Klik pada "New Topic" dan buat salam perkenalan. Sila ikut format seperti ini:
Nama sebenar:
ID:
Umur:
No. HP / Telefon:
E-Mel:
Ym / Msn ID:
Pekerjaan:
Negeri Asal:
Tempat tinggal:
Tahun Masuk dan Tamat Belajar di MML:
Ucapan perkenalan kepada rakan2:

Apabila sudah buat salam perkenalan ID anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam. Sebelum ID anda diaktifkan anda hanya dibenarkan untuk memasuki ruangan Salam Perkenalan sahaja.

Tujuan aku buat macam ini adalah untuk mengelak dan melindungi daripada orang yang tidak tertentu memasuki forum kita dan membuat perkara2 yang tidak sepatutnya.

Dengan ini diharap semuanya faham macam mana hendak memasuki forum ini. Sekiranya tak paham jangan segan silu email aku.

Terima Kasih dan Assalamulaikum

Hakiman Hamzah
0192771799
mrhakiman@yahoo.com
"You'll Never Walk Alone"

Monday, March 16, 2009

salam. pado awok2 kito yg suko berbual, dan nak berbual lebih panjang selain chatbox disebelah tu, bulih la masuk forum yg telah di bina oleh sedaro kiman salor. tekan jah alamat url dibawah, pah register, pah tu masuk thread 'Tepak Kito Nok Bual' pahtu pakak kecek(posting) dale tu la deh. ok bereh.

http://alumnimml.forumotion.com/borak-borak-kedai-kopi-f6/tepak-kito-nok-bual-t16.htm

Sunday, March 08, 2009

perjumpaan set2 kito di markaz terkini, kedai apis abong (depan stesen bas langgar) malam ini (8hb) dan malam esok (9hb) dua malam berturut2, pada pukol 9 hingga 12 malam, untuk kepastian silo hubungi:

0199317608 - hajijoe
0123763758 - lehe

Tuesday, March 03, 2009

syumi....aku dan kami.



Tatkala aku di khabarkan akan pemergianmu
Aku baru di getarkan oleh Abdul Rahman Sudais di Al Haram
Surah Ar-Rahman yang mengisi dinar Subuh begitu sayu dan kelu
Angin pagi di Arash Al Haram aku tahankan kemaraannya dengan jaket pinjamanmu
Sejuk dan pilu

Pertemuan akhiran kita di rumah lamamu
Kau begitu beriya menyambutku di situ
Dengan satay dan jala emas
Bersemangat menunjukkan bilik bakal anakmu
Yang kau hiaskan cantik

Syumi
Mia Marsya betul benar seolah kamu
Walaupun kau tinggalkan dia dikala 3 bulan janinnya
Sebagaimana RasulAllah s.w.t di tinggalkan ayahandanya Abdullah

Syumi
Kalau kau tak terlupa
Di hari pemergianmu ke alam itu
Kau singgah bertawaf di Al Haram
Kau memandang aku tersenyum kelat
Aku ingat syumi
Kau begitu bersemangat walau keletihan

Syumi
aku yakin kau bahagia di sana
Kami juga akan ke sana
Sementara kami masih di sini
kami bekalkan kau dengan Al Fatihah
buat santapanmu di sana

AL Fatihah


hj joe Laban.
04 Mac 2009 9.15 am