Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 21, 2010

nasi maglubah

Tuesday, August 10, 2010

Dan inilah ceritanya.....bahagian 2

Bahagian Dua

Mat Din Giant telefon bila aku cuba membakar dia berkaitan dengan harga yang dinaikkan daripada rm35 kepada rm40. Pengarah begitu tertekan bila isu itu dibangkitkan. Untuk pengetahuan semua, perkara ini menjadi sensitif dan ia sememangnya sensitif. Menurut team asal pun aku di panggil dahulu untuk dijadikan sebagai penyelesai masalah sensitif ini. Kenapa ia menjadi sensitif? Persoalan ini sebenarnya mudah saja jawapan. Kita semua memahami dan sangat berharap untuk bertemu di antara satu sama lain. Tahukah kalian semua, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memutuskan dan meminta wang yang anda semua setujui ini adalah merupakan perkara yang tersukar. Melihat daripada update mat Din aku rasa reunion kali ini lebih terbuka berbanding anjuran aku di Kelantan. Ramai yang sedikit memahami dan menghulur duit dahulu untuk kegunaan pihak penganjur.Bukan kawan-kawan tidak mahu membayar apabila diminta tetapi menjadi adat untuk membayar di saat akhir. Kenapa ini menjadi tradisi. Tradisi ini haruslah dipecahkan. Bukan harus tetapi wajib.Tolong fahami masalah penganjur. Penganjur telah bertungkus lumus membantu pertemuan ini tetapi penganjurlah yang paling sakit kepala menganjur pertemuan ini. Banyak komen yang menjadi intipati apabila bertemu ialah “come kita buat gini..harap tahun depan kita buat lagi. Siapa kita ini kalau nak membayar pun payah. Berbalik kepada perbualan kami, aku banyak memberi semangat kepada Mat Din supaya tabah menghadapi karenah kawan-kawan dan menyatakan kelambatan bayaran itu merupakan lumrah.Lumrah yang sangat bodoh dan menyakitkan. Memang begitulah adat penganjur dan adat kawan-kawan.

Nuarudin dan geng KL termasuk Apek dan Datok Hatta terus membakar dan membuat provokasi dan menjadikan status aku sebagai Tuan Presiden untuk mewajibkan aku hadir. Bik Mama pula cuba memancing provokasi dengan tidak mahu kehadiran aku ke reunion itu. Kawan-kawan, untuk pengetahuan semua, Bik Mama dan aku sebenarnya mempunyai kata sepakat dalam hal reunion ini. Bik telah mangli dengan perangai sang presiden ini bila berkaitan dengan kawan-kawan. Bik isteri yang solehah dan bijak. Amaran harus aku berikan, jangan mudah terpedaya dengan permainan Bik ini. Keyakinan harus anda berikan kepada Sang Presiden anda.Lomponglah reunion tanpa kehadiran presiden. Mengenai permainan Bik Mama Apek, Kudik dan Datok Hatta pernah terkena kawan-kawan. Mereka bertiga merancang ke Kelantan sempena Muktamar Pas baru baru ini, Bik Mama telah menggunakan FB aku dan mengenakan Apek. Cerita ini Apek tahu, tanya dia kalau berkesempatan. Sehingga kini Apek amat berhati hati bila berdepan dengan Bik Mama.Nuar, kamu masih belum terkena secara total dengan Bik, jadi berhati-hatilah. Sesungguhnya jerat tidak pernah melupakan pelanduk.Percayalah Bik insan yang baik, aku kagum dengannya.

Jumaat dua hari sebelum reunion, seputar 5 petang aku menerima sms daripada Pein. Sms yang mengubah segala perancangan kami.” Joe . tadop keta. Kita sewa exora nok? RM50 seorang”. Aku kelu, pukul telefon menghubungi Lehe. Aku ceritakan kepada si kecil ini. Lehe putus angin, dan dia memang menyangka permainan Pein. Kuingat katanya “ Mung harap ko Pein, kalu gitu ghak malah gi aku,aku nok deme.” Lehe walaupun sangat kuat semangat dia dalam bab ini, namun dia sangat mudah kecewa. Mungkin kerana dia kecil maka hatinya pun kecil. Aku pernah merasai kekecewaan dia ini semasa perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lepas. Susuk ini sangat mudah kecewa.Jadi kawan-kawan berhati-hati, jangan kecewakan lagi insan ini.

Fikir punya fikir, aku ambil keputusan pergi dengan bas. Pergi ke Ketereh di waktu Maghrib denga Bik dan beli tiket. Sebelum membeli aku cuba menghubungi Lehe, untuk memujuk kesekian kalinya. Tidak disambut. Sangat kecewa dia. Kekecewaan dia mungkin ditambah dengan adanya cinta baru dia,lagipun dia berhasrat untuk mempunyai zuriat secepat mungkin. Dr Iqbal adalah susuk yang paling ampuh untuk menasihati insan ini.Takapalah. Seperti mana aku tegaskan di dalam FB, walaupun merangkak pun aku sampai aku mengambil keputusan untuk pergi walaupun bersendiri. Kepada Pein aku tidak menyatakan rancangan baru aku ini. Mungkin sebagai balasan.....BERSAMBUNG LAGI..DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN.SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI SINAR DAN KEKUATAN KEPADA KAWAN-KAWAN.SALAM.

Monday, August 09, 2010

Dan inilah ceritanya.....

Mulanya aku berhasrat untuk menjadikan ia sebagai sebuah cerpen yang panjang, namun memandangkan usaha menaipnya akan lambat dan panas reunion hilang serinya, aku menjadikannya DAN INILAH CERITANYA... kepada beberapa bahagian. Pertamanya permohonan maaf aku pinta kepada sesiapa yang aku "segho kan " dalam cerita ini. Ianya adalah satu cerita yang benar dan anggaplah ia sebagai nukilan ikhlas daripada seorang Mursyidul Am yang berbentuk gurauan dan suka-suka.Kata M nasir..jangan ambil berat kawan...terima kasih..


Bahagian Pertama.

Dengan nama Allah. Mari kita rungkai dan jelaskan dahulu sejarah reunion ini. Terpaksa aku bersetuju dengan patah reunion ini kerana ia diguna pakai secara meluas dan diterima khalayak dan usaha aku untuk menukarnya kepada TEMU MATA hanya dipandang sepi walaupun ada segelintir yang menipu menyokong. Di sini patah Bahasa Melayu sedikit kurang untuk memberi sepenuhnya makna reunion ini. Reunionlah kita setujui patahnya,

Seputar 2002, Nuar Kadok, Abong dan Dero mengadakan "tubik minum air" di Kedai Air Buah di Kadok. Idea pun bermula. Apa kata kita buat reunion puak-puak kita. Pertemuan inilah yang menghasilkan reunion kita pada hari ini. Terima kasih semua. Mungkin kerana tidak cukup kekuatan, aku dipanggil. Seperti yang di ketahui aku mempunyai anugerah mulut biso pun hadir dan mengepalai mesyuarat kedua. Mesyuarat ini mengariskan usaha besar ini perlu ketumbukan yang kuat agar ia dapat berjalan selancarnya. Lalu Lehe, Najimi, serta anggota yang sedia ada iaitu Nuar, Abong dan Dero serta aku sendiri memulakan usaha mencari tempat dan menghubungi kawan-kawan melalui telefon. Seingat aku, hampir 30 orang menghadiri reunion ini. Penuh kekurangan namun yang pasti ia cukup mengembirakan. Anak sulung yang di namakan reunion ini lahir pada hari raya ketiga 2002 di Pantai PCB.

Tinggalkan dulu sejarah itu seketika, walaupun ia klasik namun sangat bermakna.

Bila Matdin Giant mencetuskan reunion KL, aku menjadi antara yang paling tidak senang duduk, Menjadi manusia yang meletakkan kawan ada di sudut hati ini agak susah. Seandainya ada terdengar perjumpaan ingin di adakan, rasa mahu terbang. Aku juga yakin, kawan-kawan juga begitu. Tidaklah terlalu sukar namun percayalah tidak semua di kalangan kita yang meletakkan kawan ada di sudut hatinya.Jadi berbanggalah anda sekiranya perasaan ini ada di hati anda. Antara petunjuk yang menunjukan perasaan ini ialah kehadiran anda di reunion.

Antara perkara yang paling mengecewakan tentang reunion kali ini ialah bila puak KL memutuskan untuk di adakan reunion pada hari Ahad. Kenapa anda tidak menyedari ada kawan yang akan kecewa bila di adakan pada Ahad. Bagi kami Sabtu merupakan hari terbaik. Kekecewaan ini turut di kongsikan dan disetujui oleh Pokya Siam dan Sebie. Yang terlantang bersuara tentang hal ini ialah Matdin Ngatuk.Ingat lagi katanya "Puak dia buat tok mikir ko set kita haji,malah gi aku. Aku mengiayakan kerana pendapatnya ada kebenaran. Namun di sudut hatiku untuk menghadirkan diri masih berkobar-kobar. Lantas perbincangan dibuat dengan Pein, Bakar dan Lehe. Lehe agak keberatan kerana kerja. Bakar akan pergi namun dengan kapal terbang."kawe bulis tiket murah haji".katanya, Untuk aku memberi keputusan semudah itu agak sukar kerana aku mempunyai Bik Mama dan anak-anak. Begitu juga dengan Pein dan Lehe yang masih dalam keadaan 2 kali semalaman.

Keputusan akhirnya tercapai, Abong menelefon mengatakan untuk tumpang balik bersama isterinya, Lehe masih payah untuk berkeputusan. Peringakat awalnya aku dan Pein akan ke Reunion dan pulang bersama Abong dan isterinya dengan kereta Pein. esoknya Lehe telefon dan sanggup cuti serta meninggalkan rutin 2 kali semalaman dia . Aku telefon Abong minta dia reject isteri dia . Abong setuju walaupun terpaksa melalui proses pemujukan berhermat. Jadi keputusan akhirnya ialah Aku, Pein dan Lehe akan ke Reunion disertai dengan Abong serta Bakar...REUNION TUNGGU KAMI...KAMI LAPAR BERSAMA SAING SAING.......bersambung.......

Saturday, May 29, 2010

Monday, March 08, 2010

Gambor drp kawe...yie














Sunday, February 21, 2010

Gambar dari kamera Ilham Mancih